Cari @ Amanz

ZTE Axon 30 5G kini nampaknya bersedia untuk dilancarkan secara rasmi. Berbeza dengan peranti lain di bawah siri ini, ZTE Axon 30 5G akan menggunakan teknologi kamera bawah skrin generasi kedua inV see Pro yang lebih baik keluaran Visionox.

Imej acah peranti telah dikongsi oleh pihak ZTE menunjukkan lubang kamera tidak kelihatan walaupun skrin menggunakan latar belakang berwarna putih. Pengeluar yang menggunakan teknologi ini biasanya mengaca peranti dengan skrin berwarna hitam untuk mengelakkan kamera kelihatan. Tiada maklumat rasmi bilakah Axonx 30 5G akan dilancarkan tetapi ura-ura mengatakan ia mungkin pada 22 Julai kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd