Cari @ Amanz

Visonox ialah syarikat pertama yang menawarkan panel skrin dengan kamera di bawahnya tahun lalu dengan ZTE pula menjadi pelanggan terawal. Menerusi teknologi InV See isu penggunaan takuk, lubang kamera dan dahi yang besar dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Di China, Vsionox telah memperlihatkan pula teknologi InV See Pro yang menambah baik kekurangan yang wujud pada produk generasi pertama. Dari gambar yang didedahkan, lubang untuk kamera yang kelihatan apabila panel memaparkan warna putih tidak lagi kelihatan. Bersebelahan skrin tersebut, sebuah peranti ZTE baharu yang menggunakannya turut dapat dilihat.

Ia besar kemungkinan ialah ZTE Axon 30 yang pengeluarannya ditangguhkan sebelum ini kerana isu kekurangan komponen. Beberapa model Axon 30 yang telah dilancarkan April lalu hadir dengan lubang skrin. Oleh itu sebuah lagi model yang lebih premium dan teknologi InV See Pro bakal menyusul.

Sumber Sparrownews

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd