Oppo Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip Pemprosesan Imej Pengimejan Mereka Tersendiri

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perkembangan arena peranti mudah-alih agak pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menariknya juga, pelbagai syarikat telah mula membuat pelaburan dalam pembangunan komponen tersendiri dalam mempunyai lebih kawalan kepada produk yang dihasilkan.

Oppo Kamera

Terbaru, mengikut desas-desus, OPPO kini diperkatakan sedang membuat pelaburan dan ingin membangunkan cip pemprosesan imej mereka tersendiri. Dengan langkah ini, Oppo dijangka akan boleh lebih mengawal kualiti rakaman, sekaligus meningkatkan prestasi rakaman gambar menggunakan telefon pintar keluaran mereka.

Sebelum ini, pihak Xiaomi turut pernah melakukan perkara sama, dan telah memperkenalkan cip pemprosesan imej mereka tersendiri dinamakan Surge C1.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami