Undang-Undang Baru Mengenai Data Privasi Rakyat Mungkin Akan Menyebabkan Gergasi-Gergasi Teknologi Meninggalkan Hong Kong

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam kami ada melaporkan bahawa TikTok akan meninggalkan Hong Kong kerana undang-undang yang mewajibkan syarikat-syarikat teknologi untuk memberi pelbagai maklumat pengguna kepada kerajaan negara tersebut yang dilihat melanggari hak asasi privasi rakyat negara tersebut.

Laporan menyebut, syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Google, Facebook dan Twitter yang membangunkan Asia Internet Coalition akan meninggalkan Hong Kong sekiranya sebuah lagi undang-undang yang akan diperkenalkan diluluskan.

Melalui undang-undang baru ini, sekiranya sebarang kempen doxxing yang dilihat dilakukan oleh sesiapa sahaja, selain daripada individu yang menjalankan kempen tersebut, syarikat-syarikat teknologi yang dilihat meniriskan maklumat tersebut juga boleh disabitkan kesalahan. Ini dilihat kerana untuk beberapa bulan ini, pelbagai anggota polis dan pihak kerajaan memperlihatkan maklumat mereka ditiriskan, dan keselamatan mereka dikompromi.

Menurut laporan-laporan yang hadir, pihak Asia Internet Coalition mengatakan bahawa kerajaan Hong Kong perlu meruncingkan undang-undang ini supaya ia tidak disalahguna oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang bersekongkong dengan kerajaan China.

Sekiranya tiada perubahan dilakukan terhadap undang-undang baru yang akan diperkenalkan ini, terdaapat kebarangkalian besar bahawa syarikat-syarikat ini akan meninggalkan Hong Kong untuk mengelak daripada dikenakan saman oleh kerajaan negara tersebut sewenang-wenangnya.

Sumber: Engadget

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami