Samsung Galaxy A03s Mungkin Dilengkapi Cip MediaTek Helio G35

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy A02s telah dilancarkan sebelum ini dengan janaan cip snapdragon 450. Di Malaysia, ia boleh dibeli pada tanda harga RM529 sebuah dengan sokongan memori 4GB dan storan dalaman 64GB. Dalam pada itu, ia juga merupakan antara salah satu model telefon pintar yang turut boleh dimiliki menerusi penawaran subsidi di bawah Program Jaringan Prihatin.

Samsung Galaxy A02s

Dalam perkembangan terkini, Samsung dilihat mempunyai perancangan untuk pengenalan Samsung Galaxy A03s pula. Pelbagai informasi berkaitannya telah didengari dalam masa terdekat ini. Malah sebelum ini, kami di Amanz juga pernah melaporkan mengenai rekaannay yang muncul dalam beberapa imej pengolokan. Tidak lama kemudian, ia juga dilaporkan tersenarai di laman Blutooth dengan nombor model SM-A037F. Paling terkini, ia didapati muncul di penanda aras Geekbench pula dan menunjukkan besar kemungkinan akan dilengkapi cip MediaTek Helio G35.

Biarpun, penyenaraian tidak menyatakan maklumat pemproses secara khusus. Namun, tetapi kod nama ARM MT6765V/WB dikatakan berkait rapat dengan cip berkenaan. Selain itu, ia juga dilihat akan mempunyai memori 4GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 11. Ia bagaimanapun dijangka akan mempunyai beberapa lagi pilihan memori yang lain.

Spekulasi awal mendedahkan Samsung Galaxy A03s akan menggunakan skrin LCD berukuran 6.5-inci. Ia juga akan menampilkan panel hadapan sejenis bertakuk kecil dengan sokongan kamera swafoto sebesar 5-Megapixel. Sistem tri-kamera turut dijangka disertakan padanya dengan sokongan sensor utama 13-Megapixel.

Sumber : GSMArena, Geekbench

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami