Carian
Sebuah Lagi Insiden Peranti Yes 4G Meletup Dilaporkan
July 6, 2021 Effi Saharudin

Sebelum ini dua peranti Yes Altitude 3 meletup secara rawak dilaporkan oleh pengguna. Pihak Yes segerak mengeluarkan kenyataan ia hanya melibatkan masalah bateri dan kesilapan pemilik yang mengecas menggunakan pengecas pihak ketiga. Peranti yang meletup kemudiannya masih boleh digunakan selepas bateri baharu digunakan.

Hari ini sebuah lagi insiden peranti Yes 4G Altitude 3 meletup dilaporkan menerusi kumpulan Yes 4G Community Unofficial di Facebook pada 4 Julai yang lalu di Pahang. Pengguna berkata peranti yang digunakan meletup secara tiba-tiba walaupun baru digunakan selama dua bulan. Berdasarkan gambar yang dikongsi, sekali lagi bateri meletup manakala nasib peranti tidak pula diketahui.

Muatan naik asal telahpun dipadam tetapi tangkapan layar sempat diambil dan kini tular di media sosial. Pengguna yang memuat naik status asal mengatakan pihak Yes 4G telah menghubungi beliau untuk menyiasat insiden terkini ini namun punca letupan masih belum diketahui.

Sumber @SyedSaddiq

Komen