Nothing Ear 1 Hadir Dengan Sistem Pembatalan Hingar Aktif, Rekaan Lutsinar Dan Berharga Sekitar RM400

Diterbitkan pada July 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing adalah nama syarikat baharu yang ditubuhkan oleh Carl Pei, selepas keluar daripada OnePlus. Mereka adalah syarikat yang memfokuskan audio. Melalui syarikat ini, Carl Pei ingin menawarkan produk yang bukan dilabel semula, tetapi adalah 100% buatan sendiri. Mereka sudah mengacah rekaan konsep TWS mereka sebelum ini, Concept 1. Tetapi produk komersil mereka adalah Ear 1.

Nothing Ear 1 adalah TWS mereka yang akan dilancarkan pada 27 Julai kelak. Terkini, beberapa spesifikasi penting dan harga juala telah didedahkan di arena web. Melalui Techcrunch, Ear 1 adalah set fon telinga nirwayar sebenar dengan sokongan pembatalan hingar aktif. Ia juga didatangkan dengan tiga mikrofon definisi tinggi untuk pembatalan hingar aktif tadi. Ciri dan fungsi adalah seakan AirPods Pro, tetapi dijual pada harga $99 – sekitar RM411.

Harga jualan ini adalah dalam linkungan Galaxy Buds dan juga Pixel Buds Siri-A. Berkenaan dengan pengambilalihan Essential pula, adalah kerana nama asal Nothing adalah Essential. Jadi dengan memiliki tanda dagang nama tersebut, ia mudah digunakan. Buat masa ini masih tiada produk lagi di bawah jenama ini.

Nothing juga akan menawarkan ekosistem tersendiri memfokuskan hiburan, seperti sambungan dan tambatan dan membawa pengguna ke arah dunia digital yang lebih efisien dan mudah. Berdasarkan video yang mereka kongsi, Ear 1 berkemungkinan besar hadir dengan rekaan lutsinar seperti Concept 1. Daripada pod pengecasan, sehinggalah ke fon telinga – ia akan membawakan sesuatu yang unik.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai Nothing Ear 1.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami