Cari @ Amanz

Selepas meninggalkan OnePlus, beliau tubuhkan syarikat Nothing. Syarikat ini menerima sokongan daripada pelbagai pihak seperti Casey Neistatn dan juga Google. Nothing adalah syarikat yang memfokuskan kepada audio, di mana audio adalah minat Carl Pei sejak daripada dulu lagi.

Nothing turut menjanjikan yang produk mereka bukan sekadar melabel semula barangan OEM, sebaliknya dicipta dan direka sendiri 100%. Tetapi produk sebenar Nothing masih misteri, dua bulan lepas pun ada rekaan TWS diacah – tetapi itu hanya sekadar konsep. Ada juga kata mereka akan melancarkan aplikasi. Selepas sekian lama menanti, Nothing mengesahkan yang mereka akan melancarkan sepasang TWS iaitu set fon telinga nirwayar sebenar. Produk ini akan dilancarkan pada Jun kelak dan digelar Ear 1.

Carl Pei menjelaskan yang produk mereka ini menggunakan rekaan hibrid daripada bentuk yang ikonik yang diperbaharui dengan fungsi yang di luar jangkaan pengguna. Bukan itu sahaja, Ear 1 dikatakan membuka halangan di antara manusia dan teknologi. Melalui Ear 1, ia adalah titik permulaan baru dalam arena audio yang mungkin juga akan mencipta kategori tersendiri.

Tambahan beliau lagi, semua produk Nothing kelak akan menjadi satu inovasi baharu dalam dunia teknologi kerana banyak produk sedia ada sekarang kelihatan lebih kurang sama. Beliau mengambil Apple sebagai contoh semasa melancarkan iMac G3. Carl Pei tidak menafikan yang beliau adalah peminat Apple, dan Nothing mungkin boleh menjadi pesaing Apple bermula dengan produk audio.

Mungkin jika Ear 1 berjaya, kita akan lihat produk seterusnya daripada mereka. Essential dimiliki mereka sekarang, LG pula sudah mati dalam arena telefon – mungkin Nothing boleh hadir dengan peranti yang memfokuskan audio? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd