Lotus Emira Dilancarkan – Kereta Bahan Api Fosil Terakhir Keluaran Lotus

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Satu demi satu jenama kereta ternama mengumumkan pelan untuk berhenti mengeluarkan kenderaan berkuasa bahan api fosil sebagai langkah menjadikan syarikat lebih lestari dan cakna mengenai pencemaran. Lotus, jenama yang sinonim dengan prestasi tinggi turut tidak mahu ketinggalan dan telah melancarkan kereta petrol terakhir mereka awal pagi tadi.

Lotus Emira ditawarkan dalam dua pilihan enjin – 3.5 liter V6 Turbocharged atau 2 liter empat silinder Turbo yang dibangunkan oleh AMG denga output mencecah 400 kuasa kuda.. Walaupun ia kenderaan bahan api fosil terakhir, rekaan Emira banyak meminjam dari kereta-hiper elektrik Lotus Evija yang diumumkan sebelum ini. Kenderaan mampu bergerak sehingga kelajuan 290 km/j dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.5 saat

Seperti kesemua kereta prestasi tinggi model, Emira dilengkapi sistem aero aktif yang berubah mengikut situasi pemanduan dan ADAS. Ia turut ditawarkan dengan pilihan gear manual serta automatik. Sistem infohibur dengan skrin 10.25-inci disertakan lengkap dengan sokongan peranti Android dan iOS manakala skrin pemandu pula sebesar 12.3-inci. Malahan terdapat tempat simpanan peranti dengan pengecasan nirwayar.

Lotus dilihat akan menjadi jenama kereta elektrik mewah di bawah kumpulan Geely bagi bersaing dengan Porsche dan Tesla. Lotus Emira akan mula dijual musim bunga tahun hadapan dengan harga bermula dari £60,000 (~RM345,000) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami