Carian
Nintendo Mengesahkan Tiada Naik-Taraf CPU Atau RAM Untuk Nintendo Switch OLED
July 7, 2021 Aman

Nintendo semalam telah pun memperkenalkan konsol hibrid mudah-alih versi terbaru mereka, dinamakan Nintendo Switch (OLED Model). Pada pengenalannya, ia memfokuskan kepada perkongsian skrin yang kini dilengkapi panel OLED, dan menawarkan skrin sedikit bersaiz besar – dimana kini bersaiz 7-inci.

Namun bagaimana dengan penawaran cip pemprosesan dan memori?

Melalui maklumbalas pihak Nintendo, ia disahkan yang mana Nintendo Switch (OLED Model) menggunakan CPU dan juga RAM sama seperti model Nintendo Switch sebelum ini.

Ini bermakna, pengguna akan dapat menikmati prestasi yang lebih kurang sama seperti model sedia ada, tetapi dengan panel paparan lebih cantik, sokongan audio yang lebih baik, selain dilengkapi sokongan untuk mengurangkan lengah masa melalui sokongan LAN terbina pada dermaga Nintendo Switch (OLED Model).

Buat masa ini, harga jualan tempatan masih tidak diketahui. Ia dijangka dipasarkan bermula Oktober kelak.

Komen