DJI Pocket 2 Dalam Warna Putih Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

DJI Pocket 2 merupakan salah satu kamera kompak yang boleh dibawa kemana-mana dengan mudah. Ditawarkan di Malaysia sejak 1 November lepas, DJI Pocket 2 ditawarkan pada harga RM1549.

Selepas ditawarkan dalam pilihan warna hitam sahaja sebelum ini, kini pihak DJI Malaysia turut mengumumkan bakal menawarkan variasi berwarna putih bermula 8 Julai 2021 ini – secara eksklusif melalui laman atas-talian.

DJI Pocket 2 hadir dengan sensor 64-megapixel, dan mampu merakamkan video pada resolusi 4K 60p. Ia turut dilengkapi ciri rakaman video HDR, selain mampu zum 4x nirhilang.

DJI Pocket 2 ini terkenal kerana hadir dengan sokongan gimbal tiga paksi yang memastikan rakaman video sentiasa stabil, selain mana ia mampu disimpan dalam saku seluar pengguna dengan mudah.

Bagi anda yang berminat dengan DJI Pocket 2 ini, boleh menyemak penawaran berwarna putih ini bermula esok di Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami