Carian
Telefon Menggunakan Snapdragon 895 Mungkin Hadir Seawal Disember 2021 Ini
July 7, 2021 Aman

Qualcomm baru sahaja memperkenalkan kemaskini kecil untuk cip Snapdragon 888 melalui pengenalan Snapdragon 888+. Peranti pertama menggunakannya masih belum dipasarkan lagi, tetapi kini kita sudah mula mendengar desas-desus berkenaan cip mercu seterusnya, Snapdragon 895.

Mengikut desas-desus awal, ia diperkatakan pembangunan Snapdragon 895 adalah lebih awal daripada dijangka – sekitar sebulan lebih awal daripada sasaran awal.

Ini sekaligus memberikan petanda cip ini akan diperkenalkan lebih awal, sekaligus kita mungkin melihat pengenalan peranti pertama menggunakannya seawal Disember 2021 ini.

Perkara ini juga mungkin selari dengan tahun lepas, dimana selepas Snapdragon 888 diperkenalkan, Xiaomi menjadi terawal memperkenalkan Xiaomi MI 11 dijana cip berkenaan pada penghujung Disembe 2020.

Mungkinkah kita akan melihat trend berkenaan diteruskan, dan Xiaomi sekali lagi menjadi terawal menggunakan cip berkenaan?

Komen