Samsung Galaxy Buds2 Akan Dilengkapi Sistem Pembatalan Hingar Aktif

Diterbitkan pada July 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Fon telinga nirwayar Samsung Galaxy Buds2 akan dilancarkan pada bulan Ogos hadapan dengan rekaannya bukan lagi misteri kerana telah tertiris dari kesemua sudut. Dengan penggunaan nama baharu, ramai yang kini tertanya-tanya sama ada Buds2 akan dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC). Jawapannya ialah ya selepas disahkan oleh @UniverseIce.

Tangkapan layar aplikasi Samsung Wearable dengan Buds2 ditambat menunjukkan terdapat kawalan untuk mengaktifkan sistem ANC. Jika tangkapan layar ini menjadi nyata, ia adalah langkah yang bijak dari Samsung kerana adalah tidak munasabah untuk melancarkan fon telinga nirwayar tanpa ANC sekarang. Selain ANC, sistem Ambient Sound yang membenarkan audio luar menembusi telinga juga disertakan sekali.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami