Pelan Unifi Mobile Tanpa Had Kini Ditawarkan Pada Harga RM59 Sebulan
Effi Saharudin
Pelan data adalah amatlah penting sekali ketika wabak dengan kuota data sedia ada didapati gagal memenuhi keperluan semasa. Hari ini pelan Unifi Mobile tanpa had baharu diumumkan oleh TM dengan bayaran langganan hanya RM59 sebulan berbanding RM99 sebelum ini.

Tiada perubahan dilakukan pada pelan. Pelanggan boleh menikmati pelan Internet dengan kuota data Internet, telefon dan SMS tanpa had. Turut ditawarkan ialah data hotspot LTE sebanyak 10GB sebulan. Pelanggan turut boleh mengakses rangkaian wifi@unifi secara percuma di lebih 8000 lokasi di seluruh Malaysia. Kontrak adalah selama 12 bulan dan boleh dilanggan bermula hari ini. Untuk terma dan syarat lengkap, sila ke pautan di bawah.
Sumber Unifi Mobile
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.