Tarikh Pelancaran OnePlus Nord 2 5G Didedahkan Secara Tidak Sengaja – Mungkin Tiba Pada 22 Julai Ini

Diterbitkan pada July 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus telah mengesahkan bahawa OnePlus Nord 2 akan dilancarkan tidak lama lagi. Beberapa poster dan video promosi turut telah dimuat-naik bagi berkongsi dengan lebih meluas mengenai kehadiran. Pada masa sama, OnePlus turut telah mengesahkan salah satu butiran utama pada peranti yang bakal dilengkapi cip MediaTek Dimensity 1200.

Bagaimanapun, yang menjadi misteri dan tanda tanya adalah tarikh khusus untuk pelancaran peranti tersebut. Terdapat desas-desus baharu yang mendakwa peranti tersebut akan diperkenalkan kira-kira dua minggu daripada sekarang iaitu pada 22 Julai 2021. Ia berikutan OnePlus didakwa secara tidak sengaja telah mendedahkannya menerusi laman rasmi dan Amazon India.

Tangkap Layar Tersebar

Biarpun perkongsian tersebut telah diturunkan dan diganti dengan poster yang bertulis ‘akan datang’. Tetapi, tangkap layar mengenainya telah tersebar secara meluas di media sosial. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami