Cari @ Amanz

Vivo sedia hadir dengan pelbagai jenis siri untuk rangkaian peranti pintarnya – salah satu daripadanya adalah siri Vivo Y. Kini, sebuah model baharu di bawah siri berkenaan iaitu Vivo Y53s telah ditawarkan untuk pasaran Vietnam. Jika diteliti, telefon pintar ini mempunyai reka bentuk dan sejumlah spesifikasi utama yang berbeza dengan model Vivo Y53s di China.

Untuk spesifikasi khusus, Vivo Y53s mempunyai skrin bersaiz 6.58-inci LCD dengan resolusi FHD+ (2408 X 1080) dan kadar segar semula standard. Selain daripada cip MediaTek Helio G80, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong port berasaskan USB-C.

Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 64-Megapixel (utama) + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Kemudian, kamera swafoto pula adalah sebesar 16-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuk – bluetooth 5.0, GPS, BEIDOU, GLONASS, GALILEO dan lain-lain. DI Vietnam, ia dijual pada harga 6,990,000 VNĐ (~RM1,273) dengan dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Sumber : Vivo Vietnam

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd