Vivo Y53s 5G Hadir Dengan Skrin 90Hz, Kamera Utama 64MP Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jun 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo sedia hadir dengan penawaran beberapa peranti pintar dengan janaan cip Snapdragon 480 sebelum ini – misalnya seperti Vivo Y31s dan Vivo Y31s Standard Edition. Terkini, sebuah lagi peranti mereka dengan janaan cip yang sama telah ditemu menerusi kedai atas talian di China, JD.Com.

Dikenali sebagai Vivo Y53s, ia merupakan model kesinambungan daripada Vivo Y52s yang dilancarkan pada tahun lalu. Untuk spesifikasi khusus, peranti pintar ini hadir dengan skrin berukuran 6.58-inci IPS LCD FHD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Selain daripada cip Snapdragon 480, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Bersama-sama dengannya, ia juga mempunyai tetapan kamera utama dengan sensor utama 64-Megapixel. Ia kemudiannya diikuti dengan satu lensa yang menawarkan sokongan rakaman makro 4cm. Seterusnya, kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Di China, Vivo Y53s dijual bermula RMB1,799 (~RM1,158).

Sumber : GSMArena

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami