Cari @ Amanz

OpenSignal kini telah mengeluarkan data berkaitan penggunaan data mudah-alih pada suku pertama 2021 yang lepas. Melalui data yang dikeluarkan, sebanyak lima negara mempunyai angka pengguna peranti mudah-alih yang menggunakan data lebih 20GB sebulan – iaitu Taiwan, Malaysia, Korea Selatan, Arab Saudi dan juga Thailand.

Di Malaysia sendiri, penggunaan data purata dikalangan pengguna adalah 25.7GB pada suku pertama 2021 yang lepas. Data daripada OpenSignal ini dilihat selari dengan pengumuman Celcom sebelum ini yang mengatakan pengguna menggunakan data purata sebanyak 21.8GB sebulan pada suku pertama 2021 lepas.

Penggunaan data mudah-alih agak tinggi kerana kadar penggunaan telefon pintar yang tinggi – dan ramai yang bergantung kepada data mudah-alih untuk kekal berhubung, berbanding beberapa negara yang mempunyai kadar penggunaan jalur lebar tetap lebih tinggi berbanding dengan mudah-alih kerana berhubung dengan rangkaian WiFi dan sebagainya.

Bagi anda sendiri, berapakah penggunaan data purata bulanan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd