Katrij The Legend of Zelda Menjadi Permainan Video Paling Mahal Pernah Dijual

Diterbitkan pada July 12, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dikemaskini – Tidak sampai sehari rekod ini telahpun dipintas katrij Super Mario 64 yang dilelong pada harga $1.56 juta oleh rumah lelongan yang sama.

Industri permainan video kini menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding industri perfileman Hollywood. Sedang industri lain terkesan teruk kerana wabak Covid-19, industri permainan video berkembang pesat kerana ramai memerlukan hiburan di rumah. Pada hujung minggu lalu, sebuah katrij permainan video The Legend of Zelda untuk NES dari tahun 1987 berjaya dilelong oleh Heritage Auctions pada harga $870,000 (~RM 3.64 juta) menjadikannya yang paling mahal pernah dijual.

Ia mengalahkan harga lelongan yang dipegang Super Mario. Bros yang dilelong pada harga $660,000 pada bulan April yang lalu. Kesemua katrij yang dilelong ini tidak pernah dibuka dari kotak dengan grednya dinilai oleh Wata. Minat mengumpul katrij permainan klasik meningkat sejak akhir-akhir ini dengan pengumpul membina koleksi yang dilihat sebagai pelaburan masa panjang yang baik.

Sekiranya anda masih menyimpan katrij permainan video lama, ia turut boleh dijual pada harga yang tinggi sekiranya disimpan dalam keadaan yang baik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami