Carian
Tak Sampai Sehari Rekod Permainan Video Termahal Kini Berpindah Ke Katrij Super Mario 64 Pula
July 12, 2021 Effi Saharudin

Pagi tadi kami melaporkan rekod dunia katrij permainan video paling termahal dunia dipegang oleh The Legend of Zelda untuk konsol NES yang dilelong pada harga $850,000 oleh Heritage Auction. Tidak sampai sehari, rekod ini telah dipintas pula oleh katrij Super Mario 64 untuk konsol Nintendo 64 pula oleh rumah lelongan yang sama.

Katrij Super Mario 64 yang tidak pernah dibuka mencapai harga lelongan $1.56 juta (~RM6.54 juta). Ia mencapai nilai lelongan yang tinggi kerana diberikan gred 9.8 oleh Wata. Katrij The Legend of Zelda yang dilelong pad hari sebelumnya hanya diberikan gred 9.0 oleh Wata. Kesemua rekod dunia katrij permainan video termahal dunia dipegang oleh permainan yang dibangunkan oleh Nintendo.

Walaupun mereka tidak memberikan tumpuan kepada konsol yang paling berkuasa dengan grafik tertinggi, Nintendo masih mempunyai barisan peminat setia yang sanggup membelanjakan yang banyak untuk artifak permainan video mereka yang dilihat mempunyai sejarah tersendiri.

Sumber The Verge

Komen