Android 12 Akan Membolehkan Anda Bermain Sambil Memuat-Turun Permainan

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, salah satu perkara yang kurang menarik pada telefon pintar adalah dimana anda perlu menantikan sehingga sesuatu permainan habis dimuat-turun sebelum boleh memainkannya. Ini mungkin membuatkan pengguna perlu nantikan tempoh yang lama, dan kadang-kala terlupa berkaitan dengannya sementara menantikan ia habis dimuat-turun.

Apa pun, melalui Android 12, Google dilihat ingin mengatasinya.melalui ciri yang dinamakan “Play as you Download” (Bermain Sambil Muat-Turun).

Melalui kaedah ini, pengguna boleh terus memainkan sesuatu permainan dengan pantas, sementara sejumlah aset untuk permainan masih dimuat-turun pada bahagian latar.

Untuk pengguna umum, ciri ini dijangka berfungsi seumpama apa yang ditawarkan oleh Sony untuk PlayStation.

Langkah ini dilihat diimplementasikan oleh Google dalam mengurangkan masa menunggu oleh pengguna. Sebelum ini, Google turut telah memperkenalkan ciri Google Play instant yang membolehkan permaina dimulakan tanpa perlu memuat-turunnya.

Selain itu, format AAB yang akan digunakan pada Android juga dijangka akan mengatasi masalah fail bersaiz besar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami