Google Bakal Hadir Dengan Aplikasi Google Drive Baharu Untuk Windows Dan Mac

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Februari lepas Google telah mengumumkan yang aplikasi Google Drive untuk desktop pada Windows dan Mac akan mengalami perubahan besar. Aplikasi ini menggabungkan ciri perusahaan dan ciri pengguna biasa kepada satu versi, agar memudahkan lagi pengguna.

Terkini, Google telah mengumumkan dengan lebih jelas mengenai aplikasi baharu ini. Ia akan diedarkan dalam minggu-minggu akan datang.

Pertama ia adalah aplikasi dan perkhidmatan storan awan, jadi semua fail pengguna adalah di awanan. Sesiapa yang ada akses fail tersebut untuk disunting, pentadbir akan sentiasa ada akses ke versi terkini. Versi baharu ini turut diperkenalkan kerana Google mendapati masih ramai gemar melakukan sandaran daripada komputer secara manual. Misalnya drag and drop dari satu folder ke satu folder atau satu tetingkap ke satu tetingkap. Melalui versi baharu ini, ia mempunyai antaramuka baharu yang lebih mesra pengguna serta menyokong sandaran secara dari latar belakang.

Pengguna juga boleh memilih gambar-gambar ingin disandarkan ke Google Photos atau Gogle Drive, menetapkan storan luaran untuk automatik fail didalamnya disandarkan ke Google Drive atau akses fail-fail Google Drive lebih mudah terus daripada pengurus fail lalai dalam komputer masing-masing.

Google dilihat akan memberi notifikasi kepada pengguna dalam minggu-minggu akan datang sehingga September. Jadi kita mungkin akan lihat Google Drive Backup And Sync baharu ini hadir pada penghujung tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami