Shopee : Gudang Di Shah Alam Kini Beroperasi Kembali

Diterbitkan pada July 13, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee hari ini mengumumkan yang mana gudang Shah Alam Shopee telah mula beroperasi kembali daripada hari ini, 13 Julai 2021, dan mengikut pelbagai SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Shopee turut mengatakan mereka akan meneruskan semua SOP sedia ada di gudang – termasuk mewajibkan imbasan MySejahtera, pemeriksaan suhu badan, dan pembasmian kuman seluruh badan sebelum memasuki premis. Shopee juga hanya akan membenarkan sekitar 60% di premis pada setiap masa. Semua pekerja juga akan diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa, dan mencuci tanga sebelum mengendalikan sebarang bungkusan.

Shopee turut mengatakan syarikat pembersihan akan melakukan proses sanitasi empat kali sehari. 

Pada masa yang sama, Shopee turut akan melakukan ujian swab secara rutin untuk semua pekerja barisan hadapannya.

Sebelum ini, pada hari Sabtu lepas, Shopee telah mengumumkan penutupan sementara gudang Shah Alam, dan mengatakan mungkin berlaku kelewatan penghantaran barangan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami