Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lalu Amazon mengambil alih studio filem MGM Studio dengan nilai mencecah $9 bilion. Ia dilihat sebagai cara Amazon untuk mendapat hak milik siri ternama seperti James Bond, Rocky, dan Gone With The Wind. Terkini muncul laporan Apple juga menunjukkan minat untuk mengambil alih studio filem dan TV A24.

A24 bukanlah nama yang besar tetapi ia menerbitkan filem seperti Midsommar, Hereditary, Ex Machina, Room dan Moonlight yang memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Oscar. Harga jualan dikhabarkan sekitar $3 bilion yang turut akan melibatkan penjualan perniagaan yang menerbitkan siri TV seperti Euphoria untuk HBO. Pihak A24 dan Apple enggan memberikan komen mengenai laporan yang diberitakan oleh Variety.

Apple memerlukan lebih banyak kandungan asli bagi menambah penawaran menarik menerusi Appl TV+ yang pada waktu ini tersangatlah terhad apabila dibandingkan dengan Netflix, Disney+, HBO Max dan Paramount+. Dengan pembelian studio indie yang mempunyai reputasi menerbitkan filem yang memenangi anugerah tanpa kos yang tinggi, ia boleh dilihat sebagai pelaburan berisiko rendah kepada Apple.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd