Google Meet Mula Kuat-Kuasakan Had Panggilan Berkumpulan Sejam Untuk Akaun Percuma

Diterbitkan pada July 14, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google sebelum ini telah memperkenalkan Google Meet yang membolehkan pengguna melakukan panggilan berkumpulan secara percuma – sekaligus menjadikannya amat berguna untuk pembelajaran dan pekerjaan ketika era PKP disebabkan oleh Covid-19.

Penawaran percuma untuk panggilan tanpa had berkumpulan berkenaan telah pun ditamatkan sejak 28 Jun 2021 yang lepas. Google menamatkan penawaran percuma inni selepas melanjutkannya beberapa kali.

Apa pun, sehingga kini, Google tidak menguat-kuasakannya, dan ramai yang masih dapat menikmati panggilan berkumpulan secara percuma dan tanpa had.

Perkara ini dijangka akan berubah, apabila Google kini telah mengemaskini halaman sokongan, dan menyatakan ia akan dihadkan kepada 60 minit sahaja. Semua peserta panggilan berkumpulan berkenaan akan menerima notifikasi pada minit ke-55.

Apa pun, untuk panggilan berdua, anda masih boleh menikmati panggilan percuma selama 24 jam melalui Google Meet.

Untuk anda yang memerlukan panggilan tanpa had berkumpulan, mungkin boleh melihat kepada beberapa alternatif lain seperti Telegram, dan sebagainya. Atau sebagai alternatif juga, anda boleh melanggan pelan berbayar, dan menikmati panggilan berkumpulan tanpa had di Google Meet.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami