(Tutorial) Cara Menggunakan WhatsApp Secara Multi-Peranti

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp bakal hadir dengan sokongan menggunakan pada empat peranti serentak. Ciri ini disahkan oleh WABetaInfo selepas berbual dengan Will Cathcart dan Mark Zuckerberg. Sayang sekali sokongan multi-peranti ini bukanlah seperti Telegram atau yang kita semua inginkan, sebaliknya terhad kepada sebuah telefon, WhatsApp Web, WhatsApp Desktop dan juga pada Facebook Portal. Terkini mereka telah umumkan secara rasmi sokongan ini.

Semua pengguna kini sudah boleh diuji oleh semua pengguna WhatsApp Beta. Pada versi 2.21.15.3 beta yang boleh dimuat turun fail APK untuk pemasangan manual atau jika anda memang sedia menjadi ahli Beta boleh muat turun atau kemaskini di Play Store. Menurut Will Cathcart, mereka ambil masa lama untuk membangunkan ciri ini kerana sistem penyulitan yang perlu dikekalkan. Dalam cubaan saya, apabila telefon ditetapkan pada mod pesawat – WhatsApp Desktop masih berjalan dengan baik.

Mesej yang tidak sempat dimuat turun akan ada pemberitahuan yang ia akan dimuat turun sebaik sahaja telefon bersambung dengan Internet.

Antara perkara menarik dengan sokongan multi-peranti ini adalah, kebolehan kekal menggunakan WhatsApp di web atau desktop apabila peranti utama mati kerana kehabisan bateri atau tiada akses Internet. Pengguna perusahaan kecil juga boleh memudahkan lagi seorang atau dua orang lagi pembantu yang ada akses WhatsApp syarikat. Majikan dengan telefon, pekerja A pada WhatsApp Web dan pekerja B pada WhatsApp Desktop.

Berikut adalah ciri lain yang terbina untuk ujian awal ini;

  • WhatsApp Web, WhatsApp Desktop dan Portal boleh menjalankan WhatsApp walaupun peranti tiada akses Internet.
  • Buat masa ini terhad kepada satu telefon sahaja, mungkin akan menambah multi-telefon di masa akan datang.
  • Tambatan maksima empat peranti sahaja.
  • Panggilan suara dan video boleh digunakan secara rentas-peranti.
  • Tidak boleh menghantar mesej atau menerima apa jua panggilan daripada pengguna yang tidak mengemaskini aplikasi WhatsApp ke versi terkini.

Ikuti langkah di bawah untuk menggunakan WhatsApp pada multi-peranti;

Langkah pertama;

Muat turun dan pasang versi WhatsApp yang sepatutnya.

Langkah kedua;

Pergi ke menu tiga titik dan tekan pautkan peranti. Akan ada mesej Guna WhatsApp pada peranti lain, di bawahnya ada pilihan menyertai Beta. Tekan untuk sertai, baca terma dan syarat, ikuti langkah seterusnya dan selesai.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami