Stok Snapdragon 780G Dilaporkan Habis Memaksa Pengeluar Menggunakan Snapdragon 778G

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Snapdragon 780G ialah peranti kelas pertengahan yang dihasilkan menggunakan teknologi 5nm yang ditemui pada Snapdragon 888. Prestasi yang lebih tinggi dengan penggunaan bateri lebih baik dapat dinikmati. Tetapi setakat ini jumlah peranti yang menggunakan Snapdragon 780G adalah rendah dengan Mi 11 Lite hanya dipasarkan dalam jumlah yang kecil. Kini misteri mengapa ini berlaku terjawab selepas seorang eksekutif Weibo mendedahkan situasi sebenar.

Menurut laporan Android Authority, pada waktu ini stok Snapdragon 780G dikeluarkan pasca pelancaran telahpun habis semuanya. Cip baharu tidak dihasilkan kerana keutamaan diberikan pengilang kepada Snapdragon 888 dan Apple 14. Ini menjawab persoalan mengapa cip Snapdragon 778G diumumkan pada bukan Mei. Cip yang sedikit kurang berkuasa ini dihasilkan menggunakan teknologi 6nm.

Kesan jangka pendek kekurangan cip sudah mula dilihat pada peranti kelas pertengahan. Dengan bekalan hanya dijangka pulih pada tahun hadapan, pengguna nampaknya perlu berpuas hati dengan cip berteknologi sedikit ke belakang berbanding yang boleh dinikmati pada tahun 2021. Jika anda tidak mahu berkompromi, pilihan ialah menanti sehingga bekalan pulih untuk membeli peranti terbaik.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami