Vivo Y72 5G Dengan Cip Snapdragon 480, Kamera 48MP Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasaran India kini menerima kehadiran sebuah lagi peranti baharu keluaran Vivo di bawah siri Y. Dikenali sebagai Vivo Y72 5G, telefon pintar ini dijual dengan tanda harga Rs20,990 (~RM1,181) untuk sebuah. Kalau anda perasan, ia memiliki nama yang sama seperti model yang dilancarkan di Thailand sebelum ini. Tetapi, berdasarkan pemerhatian ia memiliki aspek dalaman dan luaran yang berbeza. Sungguhpun begitu, ia sebenarnya hanyalah sebuah Vivo Y52s (t1 version) yang dijenamakan semula untuk pasaran India.

Untuk spesifikasi khusus, ia membawakan skrin berukuran 6.58-inci LCD (IPS) dengan resolusi FHD+ (2408×1080 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 480, memori 8GB RAM dengan tambahan 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Tetapan kamera terdiri dengan tetapan 48-Megapixel (utama) yang diikuti sensor kedua sebesar 2-Megapixel untuk tujuan kedalaman. Kamera hadapan pula adalah sebesar 8-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuklah – Bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, Funtouch OS 11.1 berasaskan Android 11 dan banyak lagi.

Sumber : Vivo India, Vivo China

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami