Perdana Menteri Ingin JKJAV Mempertimbangkan Kelonggaran Bergerak Kepada Penerima Dos Vaksin Lengkap

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin sekali lagi menzahirkan keinginan membenarkan individu yang sudah menerima dos vaksin lengkap. Beliau menggesa supaya Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) meneliti kelonggaran diberikan kepada individu-individu ini bagi membolehkan aktiviti sosial dan pergerakan dibuka semula

Ini adalah kali ketiga beliau mengatakan ingin memberikan kebebasan bergerak kepada penerima dos lengkap. Kali pertama ia dizahirkan adalah pada April lalu sebelum mengulanginya pada Jun lalu. Beliau turut berkata kebenaran tidak memakai pelitup muka juga akan dipertimbangkan tetapi ini sebelum penemuan varian Delta yang didapati berjangkit dengan lebih pantas.

Sehingga 14 Jun, lebih 4 juta penduduk Malaysia sudah menerima dos lengkap vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sudah memasuki bulan ke lima. Kadar suntikan harian sudah melangkaui 400,000 sehari bagi memenuhi sasaran mencapai imunisasi kelompok menjelang Disember 2021.

Sumber Rnggt

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami