Cari @ Amanz

360 Robot Vacuum Cleaner S10 Kini Dilancarkan Di Malaysia – Robot Vakum Dengan Sensor LiDAR Nirbonggol Pada Harga RM1,899

Link Copied!

360 Smart Life adalah satu lagi jenama yang sudah lama aktif dalam produk peranti berhubung serta rumah pintar. Baru-baru ini, mereka telah memasuki pasaran tempatan dan produk terbaru yang dilancarkan adalah sebuah robot vakum mercu mereka – iaitu 360 Robot Vacuum Cleaner S10.

Robot vakum ini hadir dengan tiga sensor LiDAR termasuk dengan LDS dan OLS LiDAR. Dengan sensor dToF terbina, sistem autopilot tersendiri, ia mampu mengimbas kawasan 360 darjah dan menjana peta sendiri, mengelak daripada pelbagai halangan serta mengenalpasti halangan setebal 0.41-inci. Lebih menarik sekali, kesemua sensor LiDAR tadi adalah terbina di dalam badan robot. Jadi, ia tidak mempunyai bonggol sensor seperti robot-robot yang ditawarkan pesaing dalam kelas robot vakum daripada 360 Smart Life ini.

Seperti beberapa robot vakum lain, laser pada sensor robot ini boleh memancar sejauh 8 meter. Cuma 360 Robot Vacuum Cleaner S10 ada perisian yang boleh mengenalpasti sehingga 100 jenis halangan termasuk haiwan seperti anjing atau kucing. 360 Smart Life turut mendakwa yang robot vakum mereka ini boleh berhenti mengemop apabila sudah mendekati permaidani.

Memandangkan robot vakum ini juga boleh mengemop sekali, tangki yang tersedia adalah seperti Mi Robot Vacuum-P, iaitu tangki dua-dalam-satu. Kuasa sedutan pula adalah 3300Pa, mempunyai binaan ringan dan nipis, boleh dikawal dengan aplikasi, dan banyak lagi. Dengan binaan nipis ini dan nirbonggol, robot vakum 360 Robot Vacuum Cleaner S10 lebih mudah untuk masuk ke bawah perabot seperti kerusi, sofa, meja, kabinet, katil dan lain-lain yang jarak kaki dan lan lantai adalah lebih dekat.

360 Robot Vacuum Cleaner S10 akan mula dijual pada 16 Julai minggu ini, iaitu esok. Anda boleh ke pautan di bawah untuk membeli barangan 360 Smart Life;


Komen ()