Samsung Galaxy M21 telah dilancarkan di India sekitar bulan Mac tahun lalu. Tidak lama kemudian, ia dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada awal bulan Mei tahun yang sama dan dijual dengan tanda harga RM699. Antara titik tumpuan utama padanya adalah bateri 6000mAh, kamera utama 48-Megapixel dan skrin sejenis Super AMOLED.

Pada kali ini, Samsung dalam persediaan untuk pengenalan Samsung Galaxy M21 2021 Edition pula. Pelancarannya dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 21 Julai 2021. Apa yang dapat dilihat, telefon pintar tersebut menampilkan rekaan yang dikemaskini dengan panel belakang bertekstur dan berjalur. Turut kelihatan, terdapatnya sokongan pengimbas cap jari fizikal pada bahagian berkenaan.

Seterusnya, rekaan pada modul kamera turut diubah dengan rekaan bujur memanjang dengan dua lensa utama yang disusun secara menegak. Seterusnya, satu lagi lensa tambahan pula ditempatkan secara berasingan. Tidak ketinggalan, turut terdapatnya sokongan LED Flash bersebelahan dengan modul kamera berkenaan.

Kemudian, panel hadapan pada telefon pintar ini dilihat masih menampilkan rekaan yang sama seperti pendahulunya. Di mana, paparan Infinity-U bersama bezel yang nipis pada bahagian sisi dan atas. Pada masa sama, masih terdapatnya binaan dagu yang agak tebal pada bahagian bawah.

Melihat kepada beberapa sepesifikasi yang dikongsi, Samsung Galaxy M21 2021 Edition akan dilengkapi paparan berukuran 6.4-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan kamera utama 48-Megapixel, bateri 6000mAh dan dua pilihan warna seperti Artic Blue atau Charcoal Black.
Sumber : Amazon India