Siri Honor Magic3 Bakal Dilancarkan Pada 12 Ogos 2021

Diterbitkan pada July 15, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Masih ingat dengan artikel mengenai perancangan Honor untuk mengadakan sebuah acara khas pada 12 Ogos depan? Tetapi, mereka langsung tidak berkongsi sebarang informasi berkaitan produk yang bakal diumumkan. Ketika itu, ramai pihak mula membuat spekulasi bahawa mereka bakal muncul dengan siri Honor Magic 3.

Ternyata ianya benar dan Honor telah mengesahkannya menerusi satu perkongsian berbentuk poster di media sosial rasmi, sebentar tadi. Melihat pada poster berkenaan, pelancaran telefon pintar ini akan diadakan secara global. Seterusnya, penggunaan perkataan ‘series’ juga seakan memberi bayangan bahawa akan terdapatnya lebih daripada satu model yang bakal diperkenalkan kelak.

Tapi sayang, maklumat lanjut mengenainya kekal menjadi tanda tanya – termasuklah berkaitan rekaan fizikal dan spesifikasi utama pada telefon pintar. Sungguhpun begitu, Honor sebelum ini telah mengesahkan siri Honor Magic 3 akan dilengkapi cip Snapdragon 888 Plus.

Sumber : Honor Malaysia

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami