Speedtest kini telah mengeluarkan laporan untuk suku kedua 2021, yang memperlihatkan beberapa data menarik, termasuk berkaitan bandar dengan kelajuan paling tinggi di Malaysia.

Seperti pada suku pertama 2021 yang lepas, Nusajaya kini menduduki tangga paling teratas, dengan kelajuan muat-turun purata 38.51Mbps – sekaligus menjadikan ia bandar dengan kelajuan paling pantas di Malaysia.
Menariknya adalah kini George Town menduduki tangga kedua dengan kelajuan purata sebanyak 31.75Mbps. Sebelum ini, George Town tidak memasuki senarai 10 teratas pada suku pertama 2021 yang lepas.
Melaka dan Ipoh masing-masing menduduki tangga ke tiga dan ke-4, sementara Johor Bahru yang sebelum ini menduduki tangga kedua, kini ditangga ke-5.
Kuala Lumpur menduduki di tangga ke-10 dengan kelajuan muat-turun 26.32Mbps.