Speedtest kini telah berkongsi rangkaian yang terpantas pada suku kedua 2021, selain bandar yang turut mempunyai kadar muat-turun terpantas di Malaysia. Bersama-sama dengannya, Speedtest turut mengeluarkan senarai peranti yang mempunyai akses muat-turun terpantas di Malaysia.
Melalui lima peranti teratas yang dikeluarkan, Apple dilihat mendominasi carta dengan memegang empat kedudukan.

iPhone 12 Pro 5G, iPhone 12 Pro Max 5G dan juga iPhone 12 5G menduduki tangga teratas dengan kelajuan muat-turun sekitar 50Mbps.
Pada tangga ke-4 adalah Xiaomi Mi 10T Pro 5G, dan pada tangga ke-5 adalah iPhone 11 Pro Max.
Melalui data yang dikeluarkan berkenaan dengan cipset yang digunakan pula, Snapdragon X55 5G dan juga Snapdragon 865 5G menduduki tangga teratas.
Kirin 990 keluaran Huawei menduduki tangga ke-3 di Malaysia, sementara Exynos 990 keluaran Samsung pula menduduki tangga ke-5 di Malaysia.

Laporan ini dikeluarkan oleh Speedtest dengan mengambil-kira ujian yang dilakukan pengguna di Malaysia pada laman berkenaan.