Carian
Warga Emas Di Lembah Klang Boleh Mendapatkan Vaksin Di Mana-Mana PPV Tanpa Temu Janji Bermula Esok
July 16, 2021 Effi Saharudin

Semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan warga emas yang masih belum menerima suntikan vaskin di mana-mana pusat pemberian vaksin tanpa sebarang temu janji. Hari ini Menteri Penyelaras Program Vaksinasi COVID-19, Khairy Jamaludin mengumumkan pula ini boleh dilakukan bermula esok 17 Julai 2021.

Vaksin Covid

Dengan ini mana-mana insan yang berusia 60 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin secepat mungkin kerana mereka adalah golongan yang berisiko tinggi. Sebelum ini JKJAV mengesahkan masih terdapat baki 40% warga emas yang mendaftar menerusi MySejahtera dan VaksinCovid.com.my belum menerima suntikan. Program yang sama kemudiannya akan dikembangkan ke seluruh Malaysia bagi memastikan tiada isu warga emas yang keciciran sejak fasa kedua PICK dimulakan pada April yang lalu.

Jumlah suntikan harian akan semakin dipertingkatkan bagi membolehkan kesemua orang dewasan di Kuala Lumpur dan Selangor menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos 2021. Sebagai pusat penyebaran utama wabak Covid-19 di Malaysia, proses vaksinasi dipercepatkan kerana ia adalah antara langkah yang didapati berkesan mengurangkan jangkitan harian apabila berlaku letusan di Labuan sebelum ini.

Komen