1069 Mesin Melombong Bitcoin Bernilai RM 5.3 Juta Dirampas Di Miri

Diterbitkan pada July 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Deman Bitcoin kini sedikit reda selepas nilainya jatuh mendadak sejak lebih sebulan yang lalu. Tetapi ia masih tidak menghentikan operasi Bitcoin bagi golongan yang benar-benar komited dalam aktiviti perlombongan. Menurut laporan Bernama, sebanyak 1069 mesin melombong kripto bernilai RM5.3 juta telah dirampas oleh pihak PDRM di Miri kerana melakukan aktiviti dengan mencuri bekalan elektrik.

Akibat dari kecurian elektrik, Sarawak Energy Board (SEB) menanggung kerugian RM8.3 juta dan mengakibatkan tiga rumah terbakar akibat penyambungan bekalan elektrik secara haram. Selain itu ia turut menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik. Sehingga kini enam individu telah dijatuhkan hukuman denda RM8000 kerana kesalahan mencuri bekalan elektrik bagi tujuan melombong.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami