Amazon Appstore Akan Menyokong Format Aplikasi Android Baharu AAB, Selain APK

Diterbitkan pada July 17, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazon Appstore sedia membolehkan para pembangun aplikasi untuk menerbitkan aplikasi Android pada kedai aplikasi, dengan menyokong format APK. Namun, kini dengan peralihan Google untuk mengubah kepada format sokongan AAB, ramai yang mempersoalkan perubahan ini kepada kedai aplikasi yang lain.

Bercakap mengenainya, kini Amazon mengatakan mereka akan menyokong format baharu AAB ini, sekaligus membolehkan pengguna dan pembangun menikmati saiz aplikasi yang kecil, dan memerlukan pengguna memuat-turun aset yang diperlukan sahaja.

Amazon mengatakan pilihan menawarkan format AAB akan disediakan, selain penawaran sokongan berterusan untuk format APK sedia ada.

Dengan perkembangan baharu ini juga, ia akan memudahkan pengguna Windows 11 kelak menikmati aplikasi Android versi terbaru tanpa masalah, dan kekal menikmati pelbagai aplikasi baharu Android.

Mungkin kita akan melihat kedai aplikasi lain turut menambah sokongan aplikasi Android berformat AAB ini secara berperingkat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami