Carian
Samsung Beri Galaxy S21 5G Edisi Olimpik Untuk Atlet Malaysia Yang Layak Ke Sukan Olimpik
July 19, 2021 Aman

Sukan Olimpik akan berlangsung bermula minggu ini, dan ia turut disertai oleh para atlet Malaysia yang akan bersaing untuk mendapatkan pingat emas dalam sejumlah acara.

Selari dengannya juga, kini Samsung dilihat memberikan setiap atlet yang layak ke Sukan Olimpik dengan telefon pintar Samsung Galaxy S21 5G Edisi Olimpik.

Melalui gambar yang dikongsikan atlet badminton negara, Aaron Chia, peranti versi edisi khas ini turut ditawarkan dengan Galaxy Buds Pro.

Samsung telah memperkenalkan Galaxy S21 edisi khas ini pada bulan Mei 2021 lepas, yang mana hadir dengan pilihan warna ungu, serta logo khas pada peranti. Disamping itu, ia turut menyertakan gambar latar khusus bersama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung Malaysia akan menawarkan telefon pintar ini untuk dijual atau sebaliknya.

Komen