Cari @ Amanz

Google Duo adalah jawapan Google kepada FaceTime daripada Apple. Namun, nasib Duo ini dilihat seakan tidak menentu lagi. Ada khabar Google ingin matikan Duo dan fokus kepada Meet, sehingga menawarkan penuras yang sama pada platform telesidang mereka ini.

Nampaknya Google masih belum ingin mengalah atau matikan Duo lagi. Dengan banyak pengeluar peranti sudah bekerjasama menjadikan Duo sebagai aplikasi panggilan telefon lalai, serta integrasi pada aplikasi panggilan telefon – Google Phone. Terkini, Google telah mengemaskini Duo dengan skrin utama baharu mirip aplikasi permesejan mereka dan aplikasi telefoni mereka juga.

Melalui @MishaalRahman, pembangun bebas terkenal untuk Android – seorang pembaca Android Police telah mula menerima antaramuka baharu ini. Google menambah butang Panggilan Baharu atau New Call dengan kemampuan memulakan sesi panggilan video Duo, panggilan berkumpulan, lihat senarai kumpulan dan kenalan serta memanggil peranti berhubung di rumah.

Antaramuka baharu ini membuang tetingkap khas yang perlu ditatal untuk akses ciri di atas. Ciri tambahan seperti menghantar mesej, pengguna perlu tekan butang Mesej. Begitu juga untuk cipta kumpulan dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd