Carian
Redmi Note 10S Akan Ditawarkan Dengan Warna Starlight Purple
July 19, 2021 Amy Maizuraa

Redmi Note 10S telah diumumkan secara global sekitar bulan Mac yang lalu. Ia kemudiannya, dibawa masuk pula ke pasaran Malaysia sekitar bulan Mei lepas dan dijual dengan tanda harga RM899. Pada awalnya, Redmi Note 10S hanya didatangkan dalam tiga pilihan warna sahaja seperti Onyx Gray, Pebble White dan Ocean Blue.

Dalam perkembangan terkini, Redmi Global mengatakan model berkenaan akan menerima pilihan warna baru iaitu, Starlight Purple. Seperti namanya, ia dilihat menampilkan kemasan berwarna serba ungu dengan kesan istimewa seakan kilauan yang nampak menyerlah. Turut dipercayai, tiada perubahan spesifikasi yang akan dilakukan Xiaomi pada telefon pintar ini.

Setakat ini, tarikh pelancaran dan harga jualan masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Xiaomi Global. Pada masa sama, mereka juga masih belum mengesahkan senarai negara yang bakal menerima kemaskini warna baharu tersebut.

Sumber : Xiaomi

Komen