Tesla Menawarkan Sistem Swapandu Secara Langganan RM840 Sebulan

Diterbitkan pada July 19, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Full Self Driving (FSD) ialah sistem swapandu terkini Tesla yang ditawarkan secara pakej tambahan kepada pelanggan yang sanggup membayar $10,000 semasa kereta dibeli. Tetapi dengan harga kereta yang sudahpun mahal tanpa pilihan tambahan, ramai pelanggan tidak mengambil pakej FSD yang ditawarkan.

Oleh itu mereka kini menawarkan FSD secara langganan $199 (~RM840) sebulan kepada pelanggan yang ingin menggunakannya. Bagi pemilik kenderaan dengan perkakasan lama, pakej yang lebih murah FSD ditawarkan pada harga $99 (~RM418) sebulan. FSD membolehkan kenderaan swapandu di lebuhraya, parkir, dipanggil ke lokasi pemilik, berubah lorong secara sendiri dan berhenti di lampu isyarat.

Oleh itu jika dalam situasi pandemik sekarang, bayaran hanya perlu dilakukan jika kereta ingin menggunakan FSD sahaja. Walaupun diberi nama FSD, pemandu masih perlu meletakkan tangan pada stereng sepanjang masa sistem swapandu diaktifkan. Ini adalah bagi mengambil alih kereta sekiranya berlaku kecemasan.

Sistem swapandu Tesla kini disiasat oleh NTSB di Amerika Syarikat selepas berlakunya beberapa kes kemalangan berprofil tinggi yang meragut nyawa di negara tersebut. Dalam kesemua kes Tesla menyangkal dakwaan perisian swapandu mereka adalah penyebab kemalangan berlaku.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami