Carian
Hanya 76.6% Penduduk Malaysia Yang layak Menerima Vaksin Telah Mendaftar
July 19, 2021 Effi Saharudin

Di Malaysia hanya individu berusia 18 tahun ke atas akan diberikan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Kemudian hanya di fasa seterusnya barulah penduduk berusia 12 tahun ke atas akan diberikan suntikan yang sama. Hari ini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 telah berkongsi angka terkini penduduk Malaysia yang telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Secara keseluruhan sehingga 18 Julau 2021, 19,023,202 individu telah berdaftar setakat ini dan ini bersamaan dengan 76.6% dari jumlah mereka yang layak menerimanya di Malaysia. Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi dengan 4,631,449 diikuti oleh Johor (2,362,5321), Kuala Lumpur (1,774,133), Sarawak (1,744,715) dan Perak (1,368,940).

Dengan Selangor dan KL masih lagi mencatatkan jumlah kes baharu harian tertinggi, JKJAV telahpun mengumumkan pelan membuka PPV yang beroperasi selama 24 jam sehari dengan sasaran kesemua penduduk menerima satu dos menjelang 1 Ogos 2021.

Komen