Aplikasi Grab Untuk Android Bakal Hadir Dengan Sokongan Widget

Diterbitkan pada July 20, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tiga tahun lepas, aplikasi seru-pandu Grab telah dikemaskini menjadi Grab Super App. Ia adalah aplikasi utama Grab yang menggabungkan semua perkhidmatan mereka menjadi dalam satu aplikasi. Daripada dalam aplikasi, pelbagai perkhidmatan boleh dilakukan seperti seru-pandu, tempah makanan, membeli-belah, bayar bil, tambah nilai, dompet digital dan pelbagai lagi.

Terkini, Grab dilihat sedang menguji iri widget pada aplikasi Android mereka. Widget ini dilihat memfokuskan kepada seru-pandu sahaja, di mana pengguna boleh tempah kenderaan untuk terus ke rumah, pejabat, tambah lokasi lain dan juga mencari lokasi lain. Walau bagaimanapun, ia masih tidak boleh digunakan walaupun sudah tersedia. Apabila diletakkan pada skrin utama, ia memaparkan yang widget ini akan hadir tidak lama lagi.

Widget adalah akses pantas kepada aplikasi kegemaran anda atau akses pintas lain untuk menggunakan ciri/fungsi pada peranti. Adakah anda pengguna widget atau jenis yang tidak kisah?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami