Dengan pengenalan perkhidmatan baru seperti GrabPay, GrabDaily, Grab Platform dan juga GrabFresh, Grab dilihat ingin melebarkan portfolio mereka sebagai sebuah syarikat yang bukan sahaja dikenali sebagai syarikat perkhidmatan yang menggunakan platform peranti pintar sebagai sebuah cara untuk pelbagai pengguna melakukan aktiviti-aktiviti seharian mereka.
Dan untuk tujuan tersebut, Grab memperkenalkan kemaskini terbaru kepada aplikasi Grab yang akan merumahkan kesemua aplikasi-aplikasi lain ini, dan dengan itu, mereka juga akan mengemaskini apikasi mereka sekarang, dan ia akan hadir dengan nama baru, Grab Super App.
Grab Super App ini akan merumahkan semua aplikasi yang dibina oleh Grab, dan juga aplikasi yang dibina menggunakan platform API Grab Platform untuk memudahkan para pengguna untuk mengakses aplikasi-aplikasi tersebut.
Apa yang menarik lagi ialah untuk beberapa aplikasi seperti Grab Daily, ia akan menunjukkan kandungan yang berkaitan dengan lokasi semasa anda menggunakan teknologi geolokasi yang terbina didalam aplikasi Grab tersebut.
Grab mengatakan bahawa aplikasi Grab Super App ini akan hadir di Singapura dan Indonesia bermula hari ini untuk peranti pintar iOS, manakala kemaskini untuk aplikasi Android di pasaran-pasaran tersebut akan tiba pada 18 Julai kelak. Pasaran-pasaran lain seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina akan menerima kemaskini ini pada suku ketiga 2018 kelak.