Cari @ Amanz

Misi pertama New Shepard oleh Blue Origin membawa krew penuh berjaya dilancarkan sebentar tadi membawa Jeff Bezos, Mark Bezos, Wally Funk dan Oliver Daemen ke Garisan Karman yang menjadi sempadan pemisahan atmosfera bumi dan angkasa lepas. Sejarah dicatatkan kerana Jeff Bezos menjadi bilionwan kedua yang berjaya ke angkasa selepas Sir Richard Branson.

Selain itu misi New Shepard ini juga mencatatkan sejarah kerana membawa angkasawan tertua Wally Funk yang berusia 82 tahun dan angkasawan termuda Oliver Daemen yang berusia 18 tahun. Selepas mencapai ketinggian 62 batu dari muka bumi, roket New Shepard akan kembali ke bumi dan mendarat seperti roket yang digunakan oleh SpaceX untuk digunakan semula.

Sementara itu kapsul New Shepard yang membawa empat krew akan kembali ke bumi menggunakan payung terjun. Keseluruhan misi hanya mengambil masa 11 minit dari pelancaran dan kapsul kembali ke permukaan bumi.

Sistem yang digunakan Blue Origin berbeza dengan yang digunakan oleh Virgin Galactic yang membenarkan penumpang menikmati sifar graviti selama beberapa minit sebelum kapal angkasa kembali mendarat ke bumi seperti sebuah Space Shuttle. Kedua-dua Blue Origin dan Virgin Galactic menawarkan pakej ke angkasa lepas kepada mereka yang mampu sekaligus memualkan era angkasa lepas swasta sementara SpaceX juga akan menawarkannya dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd