Pada Mei lalu Redmi AirdDots 3 telah diumumkan. Pada hujung minggu lalu Redmi Buds 3 Pro telah dilancarkan dan ia adalah TWS yang sama untuk pasaran global. Tiada perubahan dilakukan pada rekaan ataupun spesifikasi dilakukan pada TWS ini. Oleh itu ciri seperti pembatalan hingar aktif, masa pendam rendah dan pengecasan nirwayar dikekalkan.
Redmi Buds 3 Pro dilengkapi pemandu audio sebesar 9mm dengan tiga mikrofon digunakan bagi menyokong sistem ANC. Secara keseluruhan sistem ANC dikatakan dapat membatalkan hingar sehingga 35dB. Dari segi bater pula, Buds 3 Pro boleh beroperasi sehingga 6 jam atau sehingga 28 jam dengan bantuan pod pengecas. Pengecasan berwayar boleh dilakukan menerusi port USB-C.
Tambatan pintar ke dua peranti disokong bersama dengan mod transparensi. Kawalan pula dilakukan menggunakan pad sesentuh pada bahagian sisi kedua-dua putik audio. Akhir sekali ia boleh digunakan untuk aktiviti bersukan kerana melepasi piawaian IPX4. Redmi Buds 3 Pro dijua pada harga $60 (~RM253)sepasang.