Redmi AirDots 3 Pro Dilancarkan Secara Rasmi – Hadir Dengan Ciri TWS Premium Pada Harga Sekitar RM194

Diterbitkan pada Mei 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebentar tadi, Redmi telah melancarkan Redmi Note 10 Pro 5G edisi pasaran China. Ia dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1100, menggunakan kamera 64MP, skrin LCD 120Hz, kaca Victus, pembesar suara JBL, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 67W. Ia adalah bertaraf peranti mercu mampu milik seperti Realme X7 Pro sebelum ini. Bersama-sama dengan pelancaran peranti ini, Redmi AirDots 3 Pro turut rasmi dilancarkan.

Antara ciri Pro yang Redmi telah dedahkan sebelum ini adalah sokongan pembatalan hingar aktif, masa pendam rendah, dan juga sokongan pengecasan nirwayar pada pod pengecas. Dalam acara pelancaran, lebih butiran TWS ini dikongsi seperti ia turut menyokong tambatan pantas untuk peranti MIUI. Untuk masa pendam rendah, Redmi menjanjikan ia mencapai sehingga 69ms dan TWS ini boleh ditambat pada dua peranti serentak – contoh peranti Redmi dan komputer riba mereka.

Redmi turut menyatakan yang AirDots 3 Pro menggunakan tiga mikrofon yang setaraf dengan AirPods Pro. Mikrofon ini membolehkan panggilanm telefon dilakukan dengan lebih berkualiti. Penentukuran audio adalah daripada Xiaomi sendiri, melalui makmal Mi Sound Lab. Bateri pula dikatakan boleh bertahan sehingga 28 jam secara keseluruhan.

Harga jualan adalah RMB 299, iaitu sekitar RM194. Anggaran harga yang saya lakukan semalam adalah tepat, dengan harga jualan ini – Redmi AirDots 3 Pro adalah pesaing kepada Realme Buds Air 2. Buat masa ini jualan hanya terhad di China, sama-sama kita nantikan jika ada perubahan untuk jualan tempatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami