Saman Kelompok Flexgate Ke Atas Apple Ditolak Di Mahkamah

Diterbitkan pada July 21, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Saman kelompok ke atas Apple mengenai isu Flexgate telah ditolak oleh mahkamah minggu lalu. Flexgate ialah masalah skrin yang melanda MacBook yang dihasilkan di antara 2016 dan 2017. Kerana kabel sambungan skrin yang lemah, lama kelamaan lampu pada skrin tidak menyala dengan bentuk membuatkan ia kelihatan seperti lampu limpah.

Mahkamah menolak untuk membicarakan kes kerana tiada bukti bahawa Apple dengan sengaja menyorokkan isu ini dari pengguna dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah keselamatan apabila digunakan. Walaupun ditolak, kes masih boleh difailkan semula jika plaintif berjaya membuktikan dua perkara di atas berlaku.

Pasca isu menjadi tular, Apple telahpun mem gubah rekaan kesemua kabel sambungan MacBook sejak 2018. Isu ini tidak lagi melanda komputer riba yang dihasilkan selepas tahun tersebut. Apple turut menawarkan program gantian kabel skrin secara percuma kepada pengguna yang terkesan.

Sumber Macrumors

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami