Cari @ Amanz

Selain mengumumkan program gantian percuma papan kekunci untuk kesemua model MacBook, Apple turut mengumumkan program gantian percuma untuk MacBook dengan masalah skrin. Pada Januari lalu sebahagian pengguna melaporkan masalah skrin komputer riba mereka tidak berfungsi, paparan lampu tidak sekata dan berkelip-kelip. Masalah ini segera diberikan nama jolokan Flexgate.

Laman iFixit mendapati ini berlaku kerana kabel sambungan skrin mengalami kelelahan (fatigue) selepas dibuka berkali-kali. Program gantian ini walau bagaimanapun hanya dibuka untuk dua model sahaja seperti kami senaraikan di bawah. Menurut Apple masalah ini hanya berlaku pada sebahagian kecil MacBook yang dikilangkan di antara Oktober 2016 hingga Februari 2018.

  • MacBook Pro (13-­inci, 2016, 4 port Thunderbolt 3)
  • MacBook Pro (13-­inci, 2016, 2 port Thunderbolt 3)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd