Cari @ Amanz

iQOO 8 Mungkin Menggunakan Cip Snapdragon 888 Plus

Link Copied!

Baru-baru ini, pihak iQOO dilaporkan telah memberi bayangan bahawa mereka dalam perancangan untuk pengenalan telefon pintar baharu dalam masa terdekat ini. Ramai pihak berpendapat bahawa mereka berkemungkinan besar akan hadir dengan iQOO 8.

Tangkap Layar Yang Dimuat-Naik

Menurut laporan Sparrow News yang memetik sumber, iQOO 8 akan menggunakan cip Snapdragon 888 Plus. Informasi ini dikongsi oleh Digital Chat Station menerusi tangkap layar yang dimuat-naik di Weibo. Katanya, telefon pintar baru iQOO dengan nombor model V2141A dipercayai akan dilancarkan sebagai iQOO 8 kelak.

iQOO 8 dikatakan bakal mempunyai skrin AMOLED dengan resolusi 2K (3200 × 1440 piksel) dan kadar segar semula 120Hz. iQOO juga dikatakan akan menggunakan rekaan skrin berlubang padanya. Di samping itu, ia kemudiannya membawakan sokongan memori 12GB RAM dengan tambahan 4GB RAM, storan dalaman 256GB dan Android 11.

iQOO 7

Lain-lain spesifikasi yang dijangka hadir adalah sokongan pengecasan pantas 120W yang sama seperti generasi sebelumnya. Dalam pada itu, ia juga dipercayai turut menawarkan sokongan kamera lebih baik. iQOO 8 berkemungkinan besar membuat kemunculan rasminya pada 4 Ogos 2021.

iQOO Malaysia

Sekadar selingan,  iQOO juga dilihat cuba mengorak langkah memasuki pasaran Malaysia. Jenama ini telah mula membuka akaun Facebook rasmi dan beberapa Facebook Groups dibawahnya. Namun sehingga hari ini, tiada sebarang pengumuman lanjut dilakukan oleh pihak iQOO Malaysia berkenaan ketersediaan produknya untuk pasaran tempatan.

Sumber: Digital Chat Station, Sparrow News


Komen ()